Zinnirah♡
Zinnirah adalah seorg wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan & dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab utk dijadikan sbg hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi rohaninyanya dia mempunyai jiwa yg cukup kental & tabah.
Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan ibadah secara sembunyi-sembunyi krn takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yg terkenal dgn sifatnya yg tegas & berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah & kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran & berdoa kpd Allah dengan penuh kekhusyukan & keinsafan. Semua ini dilakukan dgn berhati-hati.
Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dpt menghidu perubahan yg telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran Islam yg dibawa oleh Muhammad s.a.w. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam & kaum muslimin. Umar menyeksa & mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kpd agama asalnya & meninggalkan Islam.
Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dgn besi panas yg mengakibatkannya hilang penglihatannya & terpaksa mengharungi kehidupan dlm kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dgn cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dlm menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.
Walaupun diuji dgn pelbagai ujian, keyakinannya kpd Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yg buta itu dpt melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.
Zinnirah, seorang wanita biasa, yg mungkin tidak dikenali, yg tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian drpd Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dgn cahaya keimanan serta keyakinan kpd Allah s.w.t. #muhasabahdiri #perkongsianbersama
No comments:
Post a Comment