Friday, 28 November 2014

KEJADIAN NABI ADAM A.S


Manusia diciptakan dari  Nabi Allah Adam a.s.  dan  Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah. Hanya Adam a.s dijadikan daripada hakikat tanah manakala manusia dijadikan daripada air mani yang terpancar daripada dua tulang sulbi manusia.


Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan roh(ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir"

Didalam Surah At-Thariq : 5-7
" Maka hendaklah manusia memikirkan: daripada apakah ia diciptakan? Dia diciptakan dari air (mani) yang memancar (kedalam rahim). Yang keluar dari tulang salbi lelaki dan tulang dada perempuan"

Nabi bersabda:
"Semua kamu berasal dari Nabi Adam dan adam dijadikan daripada tanah"

Menurut riwayat ketika, Allah SWT menitahkan kepada Malaikat Jibril a.s supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk mencipta Adam a.s, bumi tidak membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail pula untuk turun ke bumi bagi mendapatkan tanah sebagaimana Malaikat Jibril. Jawapan bumi tetap sama sebagaimana Jibril lalu Allah memerintahkan pula kepada malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang sama.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Allah berfirman :
"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas nama Ku."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia kehadrat Allah.

Lalu Allah berfirman lagi:
"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka Izrail merarasa amat khuatir kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi:
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya."

Jenis-jenis Tanah yang digunakan dalam penciptaan Nabi Adam a.s:
Menurut riwayat tanah yang diambil yang digunakan untuk menjadikan adam mempunyai lima jenis warna iaitu putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Oleh yang demikian manusia memiliki berbagai warna kulit. Tanah yang digunakan untuk menjadikan Adam a.s ialah sebagaimana berikut:
Tanah tapak Baitul MaqdisTanah Bukit TursinaTanah IraqTanah AdenTanah Al-KautsarTanah tapak BaitullahTanah ParisTanah KhurasanTanah(Babylon)Tanah IndiaTanah SyurgaTanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:
Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.Mukanya dari tanah Aden , kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
Proses kejadiannya:
Ketika Allah jadikan Adam, tanah-tanah tersebut dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam"adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah.Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" . Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah:
Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
Mata alat penglihatanHidung alat penciumanTelinga alat pendengaranMulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman"Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan"Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Seketika itu Adam terasa lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit yang ketujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam tinggal.

Siti hawa telah dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk kiri nabi Adam ketika berada di dalam Syurga. Ketika mereka telah memakan buah larangan atas pujukan Iblis maka tertanggallah pakaian mereka dan akhirnya di turunkan oleh Allah di bumi. Menurut riwayat nabi Adam turun di India. Tetapi mengikut setengah riwayat di Mekah dan terpisah dengan Hawa. Akhirnya mereka bertemu di Padang Arafah (Padang Perkenalan).

Umur Nabi Adam menurut satu riwayat adalah 930 tahun dan mengikut riwayat yang lain 934 tahun. Ketinggiannya adalah 60 hasta dan ukuran tapak kaki Adam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir ialah 11 jengkal. Siti hawa telah melahirkan anak sebanyak 40 kali dan setiap kali beranak adalah kembar lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian mengikut syariat yang ada pada waktu itu maka dibenarkan berkahwin adik beradik tetapi dengan syarat bukan dengan kembar yang lahir sekali.

Friday, 14 November 2014

Think.

Aku just tak faham kenapa orang islam zaman skrg suka mempertahankan benda yang salah. Contohnya bila orang A tegur orang B sbb pemakaian or whatever kesalahan yang org B buat, mesti ada ja org lain yg akan prtahankan org B. Mereka akan kata "biar la kat org B nnty sampai masa dia berubah la, yang korang sebok tu knp? tu diri dia biar la dia nk pakai pakaian mcm mna pun or biar la dia nk buat apa pun". Okay, srsly aku mmg tak faham pemikiran orang zaman sekarang ni hm. Kita sesama islam, menegur kesalahan orang lain tu adalah wajib, so plis think yourself.

Tuesday, 11 November 2014


Setiap orang memiliki masa lalu yang tersendiri. Entah buruk, kelam atau hitam sekali pun..... namun ketika cahaya-Nya datang..... seketika Allah menghentikan semua, mana mungkin aku berlari. Bagai aliran air yang perlahan menyelinap dalam tiap-tiap celah bebatuan.

Begitulah cahaya hidayah memasuki hati ini. aku memang bukanlah seorang wanita yang sempurna dan sesuci tanpa dosa layaknya bidadari surga-Nya. Aku tercipta dari tulang rusuk yang bengkok dan mudah patah, inilah diriku yang apa ada nya, yang terus belajar dan menyelami, menasihati diri menjadi hamba-Nya yang lebih baik, bukan untuk siapa & apa..... tetapi hanya utk Rabb-Ku, hingga di penghujung usiaku kelak. Aku hanya memohonkan pada-Nya, matikan aku dlm keadaan khusnul khotimah, beriman, Mengingat-Nya dan keistiqomahan pada seluruh perintah-Nya. Ketika dunia pergi meninggalkan, cukup alam akhirat di hati ini menjadi pedoman teman sejati. Seiring Allah menghantarkan jiwa-jiwa terbaik yang kudampingi & mendampingiku yang membuatkan aku kukuh dlm beriman pada-Nya sepanjang usiaku. Aminnn.. Aminnn.. Aminnn Ya Robbal Alaminnn. Setiap detik, hari, bulan dan tahun yg akan berlalu..... inilah Kesempatan dari-Nya..... inilah Rahmat dan Kasih Sayang-Nya. Segala puji syukur hanya untukMu Ya Allah Ya Rabbi

Monday, 10 November 2014


Kunci syurga lebih berat timbangannya daripada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, masyaAllah betapa sukarnya kita nak masuk syurga, allahu :(

"Zikir yang paling mulia ialah lailahaillah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah."- Riwayat Al-Imam Ibnu Majah

Amalkannya wahai sahabat seislamku. Ini dapat membantu kita diakhirat kelak, insyaAllah :)

Bagaimana seseorang itu bisa MENCINTAIMU sedangkan dia tidak mencintai PENCIPTAMU?♡

Cinta sesama manusia adalah fitrah. Tetapi untuk memupuk cinta yg Hakiki, Mungkin tak Mudah. Tapi bila kita dapat rasa kan cinta tu, percaya laa ia 1 nikmat yg tak terkata. Perkara biasa, bila kita nak kan sesuatu pasti kan kita mampu berkorban sesuatu juga, sbb kalau tkde pengorbanan, kita tak kan rasa nikmat tu sebenar nya.
Didik diri, insyaAllah berjaya. sbb doa kita tak kan pernah tak dijawab oleh-Nya. yg penting kita sabar. sbb Allah suka orang yg sabar. lagi tinggi tahap kesabaran kita, lagi lazat nikmat yg kita akan dapat. Yang pahit tu tkkn selamanya pahit, 1 hari nanti ia akan bertukar menjadi yg manis. maka, untuk apa kita resah dan gelisah sedangkan Allah sentiasa bersama.
 
Moga, jadi hamba yg sabar. Manusia mana yg tak nak buat yg terbaik untuk org yg dia syg kan, tapi kita kena ingat, apa yg kita rancang tak kan semua nya menjadi, sbb ujian tu akan selalu hadir. ujian tu adalah rakan paling akrab kita. kalau apa yg kita rancangkan tak menjadi, jangan risau mungkin tak berjaya sekarang, tapi siapa tahu akan berjaya pada masa akan datang kan? Yaaaa! Berjaya pada masa yg lain malah lagi nikmat dari sekarang. siapa tahu, betul tak? Apa yg kita lalui sekarang semua nya ADA YANG DAH ATUR KAN. Yakin kan hati, insyaAllah bahagia menanti :)♡

Saturday, 8 November 2014

Zinnirah♡

Zinnirah adalah seorg wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan & dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab utk dijadikan sbg hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi rohaninyanya dia mempunyai jiwa yg cukup kental & tabah.
Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan ibadah secara sembunyi-sembunyi krn takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yg terkenal dgn sifatnya yg tegas & berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah & kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran & berdoa kpd Allah dengan penuh kekhusyukan & keinsafan. Semua ini dilakukan dgn berhati-hati.
Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dpt menghidu perubahan yg telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran Islam yg dibawa oleh Muhammad s.a.w. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam & kaum muslimin. Umar menyeksa & mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kpd agama asalnya & meninggalkan Islam.
Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dgn besi panas yg mengakibatkannya hilang penglihatannya & terpaksa mengharungi kehidupan dlm kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dgn cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dlm menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.
Walaupun diuji dgn pelbagai ujian, keyakinannya kpd Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yg buta itu dpt melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.
Zinnirah, seorang wanita biasa, yg mungkin tidak dikenali, yg tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian drpd Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dgn cahaya keimanan serta keyakinan kpd Allah s.w.t. #muhasabahdiri #perkongsianbersama

Nur Diyana Hasnni :)

Assalammualaikumwarohmatullahiwabarokatuh. Tujuan aku membuat akaun blog ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang telah Allah S.W.T pinjamkan kepada ku. Semoga ilmu dan pengetahuan yang ku kongsikan didalam blog ini dapat membantu dan memuhasabahkan diri kita semua, insyaaAllah. Aku hanyalah pelajar daripada sekolah biasa dan bukannya sekolah agama. Jika ada kesilapan mohon betulkan dan maafkan diri yang tidak sempurna ini :D #staysimpleπŸ’ž